Tentera Zionis tembak kanak-kanak di Qafr Qaddoum

QALQILYA, 2 Sep 2018 — Seorang kanak-kanak Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis dalam satu perhimpunan aman memprotes penempatan haram Yahudi di perkampungan Qafr Qaddoum, timur Qalqilya, petang semalam.

Mo’men Shteiwi, 8, ditembak dengan peluru getah di bahagian kepalanya. Beliau dikejarkan ke Hospital Rafidia di kota Nablus.

Sejak 15 tahun tahun lalu, penduduk Palestin di Qafr Qaddoum membantah tindakan tentera Zionis menutup laluan penting dan bersejarah di situ.

(IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts