BETHLEHEM, 8 Dis 2015 (PNN) — Tentera Zionis awal pagi tadi menyerang masuk kem pelarian Deheisheh dan menangkap beberapa pemuda serta menembak mati Malik Shahin, 19 tahun, setelah pertempuran tercetus.
Malik ditembak di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Beit Jala, yang kemudiannya meninggal dunia di situ.
Lima pemuda diculik oleh tentera manakala puluhan yang lain mengalami sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata.
Sejurus selepas berita Malik meninggal dunia tersebar, pertempuran tercetus di kem pelarian Aida.