Tentera Zionis tembak mati pemuda Palestin di al-Khalil

AL-KHALIL, 3 Sep 2018 — Tentera penjajah Zionis menembak mati pemuda Palestin, Wael Abdul-Fattah al-Ja’bari, 28, berdekatan sekatan al-Mowahel di kawasan penempatan haram Kiryat Arba di timur al-Khalil, atas alasan beliau cuba membuat serangan menikam.

Bapa kepada dua orang anak itu ditembak hanya beberapa meter dari rumahnya. Tentera menghalang ambulan mendekati kawasan kejadian dan membiarkan mangsa berlumuran darah sehingga meninggal dunia tanpa sebarang bantuan.

Susulan kejadian, tentera Zionis menghalang penduduk Palestin mendekati jenazah Wael dan melarikan beliau ke lokasi rahsia.

Rakaman video menunjukkan pendatang-pendatang Yahudi menyerang dan memukul Wael ketika beliau terbaring berlumuran darah di atas tanah.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts