Tentera Zionis tembak mati pemuda Palestin di Huwara

NABLUS, 31 Julai 2016 (PIC) — Tentera penjahah Zionis menembak mati seorang pemuda Palestin di sekatan Huwara di selatan Nablus pagi tadi.

Rami Muhammad Zaim Awartani, 31, ditembak di bahagian dada selepas dituduh cuba menikam tentera Zionid di sekatan tersebut. Laporan tentera mendakwa beliau keluar dari keretanya dan kemudian mengayun sebilah pisau sebelum meluru ke arah tentera Zionis yang berada di sebuah halangan.

Beliau dibiarkan cedera berdarah dan meninggal dunia di tempat kejadian, di mana krew ambulan tidak dibenarkan mendekatinya. Jenazah mangsa dibawa oleh tentera Zionis ke lokasi yang tidak dimaklumkan.

Tiada kecederaan di pihak tentera Zionis.

Bagaimapaun kenyataan saksi menyebut bahawa tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah mangsa dari jarak dekat setelah mengheret beliau keluar dari keretanya.

Sekatan tersebut kemudiannya ditutup di kedua-dua arah dan diisytihar sebagai zon larangan tentera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts