Tentera Zionis tembak mati pemuda Palestin di utara Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 3 Apr 2019 — Ribuan penduduk Palestin di kem pelarian Qalandiya di utara Baitulmaqdis mengiringi upacara pengkebumian Muhammad Dar Adwan, 23, yang ditembak mati oleh tentera Zionis awal pagi semalam.

Pagi semalam, gerombolan besar tentera Zionis menyerbu kem pelarian Qalandiya dan bertempur dengan kumpulan pemuda Palestin menggunakan peluru hidup.

Laporan Agensi Berita WAFA menyebut bahawa Muhammad lari ke arah rumahnya apabila serangan semakin sengit. Sejurus tiba di hadapan rumah, beberapa orang askar Zionis sedang berdiri di situ dan menembak beliau.

Lebih 10 butir peluru menembusi badannya. Tentera Zionis kemudian mengheret beliau ke dalam sebuah jip dan menghalang pasukan perubatan mendekatinya, sehinggalah beliau meninggal dunia dua jam selepas itu akibat kehilangan darah.

Tentera hanya menyerahkan jasad mangsa kepada pasukan perubatan di sebuah sekatan tentera di Qalandiya.

Tiga lagi pemuda Palestin tercedera.

(PIC, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts