Tentera Zionis tembak mati remaja Palestin di Nablus

NABLUS, 8 Dis 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menembak mati remaja Palestin Muhammad Jihad Harb, 18, di sekatan tentera Tafuh di selatan Nablus, dengan mendakwa mangsa cuba membuat serangan menikam.

Kenyataan tentera menyebut bahawa mangsa yang berasal dari Qalqiliya itu enggan mematuhi arahan supaya berhenti serta tidak menghiraukan arahan tentera yang berkawal, menyebabkan beliau terus ditembak dalam keadaan memegang sebilah pisau.

Kenyataan para saksi bagaimanapun menyangkal tuduhan tersebut, mengesahkan bahawa remaja tersebut berhenti di sekatan beberapa meter dari pasukan tentera dan tidak bergerak ke arah tentera yang menahan beliau. Tentera terbabit mengejek beliau sebelum bula melepaskan tembakan.

Mangsa dibiarkan dalam keadaan berdarah tanpa diberi sebarang bantuan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts