Tentera Zionis Tembak Mati Tiga Pemuda Palestin Di Al-Khalil

BETHLEHEM, 27 Okt 2015 (Maan) — Seorang pemuda Palestin ditembak mati berhampiran kawasan Tel Rumeida di Al-Khalil setelah dituduh cuba menikam seorang askar Zionis. Tentera turut menculik seorang kanak-kanak 11 tahun dan seorang pemuda di kota bersejarah itu.

Menurut kenyataan pertubuhan International Solidarity Movement (ISM), Hammam Said, 23 tahun, ditembak secara tiba-tiba sebanyak enam kali ketika melintas jalan. Tentera Zionis kemudian meletakkan sebilah pisau berdekatan mangsa.

Terdahulu, dua pemuda Palestin ditembak mati di kawasan penempatan haram Gush Etzion di selatan Bethlehem setelah disyaki menikam seorang askar Zionis. Kedua-dua mangsa, Ezzeddin Nadi Sha’ban Abu Shakhdam, 17 tahun, dan Shadi Nabil Abd al-Muti Dweik, 22 tahun, yang berasal dari Al-Khalil dibiarkan cedera berdarah tanpa sebarang bantuan. Tentera bahkan menghalang ambulan Pesatuan Bulan Sabit Merah daripada mendekati kawasan kejadian.

Korban ini menjadikan sejumlah 60 orang penduduk Palestin telah dibunuh oleh tentera Zionis sejak awal bulan ini. 30 daripadanya ditembak atas tuduhan cuba menikam. Penduduk Palestin bagaimanapun membantah tuduhan tersebut, dan siasatan beberapa kumpulan hak asasi mendapati kebanyakan mangsa-mangsa terbabit sebenarnya tidak membawa sebarang ancaman ketika kejadian.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts