GAZA, 19 Julai 2016 (IMEMC) — Tentera laut Zionis menembak beberapa buah bot dan mencederakan seorang nelayan Palestin di perairan al-Sudaniya di utara Gaza pagi tadi.
Semua nelayan terpaksa berpatah balik ke pantai, di mana salah sebuah bot mereka mengalami keroskan akibat serangan tersebut.
Dalam insiden berasingan, enam buah kenderaan perisai tentera Zionis mengiringi pasukan buldozer menceroboh masuk sehingga 150 meter ke dalam wilayah tengah Gaza dan meratakan tanah di timur kem pelarian al-Buriej.
Mereka dilaporkan melepaskan tembakan peluru hidup dan bom asap secara rambang.