Tentera Zionis tembak pemandu Palestin selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya

AL-KHALIL, 18 Julai 2016 (PIC) — Tentera Zionis pagi tadi menembak seorang pemandu Palestin apabila beliau terlibat dalam satu kemalangan ringan di jalanraya “Road 60” menuju ke utara kota al-Khalil.

Lori yang dipandu oleh Hisham Abu Ayash, yang berasal dari bandar Beit Ummar di utara al-Khalil, berlanggar dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang Yahudi.

Tentera Zionis yang tiba sejurus selepas kemalangan tersebut melepaskan tembakan ke arah lori tersebut serta pemandunya sebelum menangkap beliau. Hisham dilaporkan dibawa ke sebuah pusat interogasi di al-Khalil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts