Tentera Zionis tembak petani dan nelayan Gaza

GAZA, 12 Mei 2016 (Maan) — Tentera Zionis yang berkawal di sebuah menara pagar sempadan di Khuzaa, timur Khan Younis, melepaskan tembakan ke arah para petani yang sedang menuai tanaman mereka awal pagi tadi.

Manakala tentera laut Zionis melepaskan tembakan ke arah nelayan di kawasan perairan utara dan selatan Gaza.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Pencerobohan tentera Zionis ke dalam wilayah Gaza di zon penampan, samada di darat mahupun laut, berlaku hampir setiap hari. Petani Gaza yang bekerja di kawasan berdekatan zon penampatan sering ditembak tentera Zionis kerana pihak Zionis tidak membuat takrifan yang jelas tentang kawasan yang dikatakan sebagai zon penampatan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts