Tentera Zionis terus sekat Ramallah dan al-Bireh sejak 6 hari

RAMALLAH, 19 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis terus mengenakan sekatan dan mengepung kota Ramallah dan al-Bireh di Tebing Barat sejak enam hari lalu, susulan serangan yang membunuh dua anggota mereka Khamis lalu.

Sekatan tentera di Beit El, yang terletak di laluan masuk utara kota Ramallah dan al-Bireh, masih ditutup sepenuhnya dan semua kenderaan penduduk Palestin tidak dibenarkan melepasinya.

Beberapa laluan menuju ke kota-kota tersebut juga dihalang dengan sekat, di mana kenderaan yang meninggalkan kota dan kawasan berdekatan diperiksa dengan rapi.

Sekatan-sekatan jalan juga dipasang di Jaba di selatan Ramallah, serta Ein Siniya dan Atara di utara Ramallah, sehingga menyebabkan kesesakan teruk.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts