Tentera Zionis terus serang Gaza, cabul gencatan senjata

GAZA, 23 Julai 2018 — Pesawat dron tentera udara Zionis melepaskan serangan roket ke arah sekumpulan penduduk Palestin di timur Jabalia, utara wilayah Gaza petang tadi.

Sementara kereta-kereta kebal tentera Zionis yang berkawal di kawasan pagar sempadan timur kota Deir Balah melepaskan tembakan ke arah kawasan kebun dan sebuah pos pejuang Palestin.

Tiada sebarang kecederaaan dilaporkan.

Serangan terbaru ini merupakan pencabulan gencatan senjata tajaan Mesir yang dipersetujui petang Jumaat lalu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts