Tentera Zionis terus serang Gaza

GAZA, 14 Ogos 2020 — Jet dan dron tentera penjajah Zionis terus menyerang Gaza sejak empat malam berturut-turut, menyasarkan kawasan kebun dan juga rumah kediaman.

Antara sasaran mereka malam tadi adalah dua pos pejuang Palestin di Rafah dan dua lagi pos di Khan Younis.

Pada masa yang sama, rejim Zionis turut menyerang bot-bot nelayan di perairan utara Gaza.

Rejim Zionis mendakwa serangan tersebut sebagai tindak balas ke atas penduduk Gaza yang menerbangkan belon membawa api, menyebabkan kebakaran di kawasan penempatan haram Yahudu berdekatan sempadan.

Penduduk Gaza mengadakan protes dengan menerbangkan belon-belon, sebagai membantah sikap rejim Zionis yang mengkhianti persetujuan genjatan senjata.

Selain melancarkan serangan bersenjata, rejin Zionis turut menutup pintu lintasan Karem Shalom, satu-satunya laluan keluar-masuk barang komersial, dan menghalang kemasukan minyak serta mengurangkan zon menangkap ikan di pantai Mediterranean.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts