Tentera Zionis tingkat usaha yahudikan anggota dari kalangan bukan Yahudi

BAITULMAQDIS, 17 Jan 2018 — Tentera Zionis meningkatkan proses menerapkan pendidikan Yahudi kepada anggota-anggotanya dari kalangan bukan Yahudi bagi tujuan menukar anutan mereka.

Sekitar 5,000 anggota bukan Yahudi berkhidmat dalam pasukan tentera Zionis. Antara tahun 2014 dan 2016, purata seramai 850 askar bertukar menganut agama Yahudi melalui kursus-kursus pertukaran agama dalam pasukan tentera.

Ratusan orang askar Zionis, kebanyakannya orang bukan Yahudi yang mempunyai tali persaudaraan dengan Yahudi yang berpindah dari bekas Kesatuan Soviet, menyertai program tersebut setiap tahun.

(MEMO)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts