Tentera Zionis tingkatkan operasi roboh rumah, bangunan dan musnah kebun penduduk Palestin

AL-KHALIL, 7 Apr 2016 (WAFA) — Tentera Zionis petang semalam meroboh sebuah rumah penduduk Palestin, Ra’ed Daghameen, yang sedang dibina di bandar Sammoa’ dan memusnahkan tanaman pertanian dan telaga bekalan air.

Banyak tanaman di kawasan tersebut dimusnahkan, terutama sekali di kawasan berdekatan penempatan haram Otnael yang dibina di atas tanah penduduk Palestin di perkampungan Karma di selatan al-Khalil.

Pagi ini, kenderaan berat dan buldozer tentera Zionis menceroboh masuk bandar Beit Forik di Nablus dan memusnahkan beberapa bangunan dan kemah tempat tinggal penduduk Palestin.

Tentera penjajah turut memasuki perkampungan Ni’lin di barat Ramalah dan meroboh sebuah bengkel kereta dan sebuah pusat sembelihan ternakan. Bengkel kereta tersebut merupakan tempat mencari rezeki kepada 15 orang Palestin, manakala pusat sembelihan pula mempunyai 75 orang pekerja.

Semalam, tentera Zionis memusnahkan sebuah rumah di bandar Yatta dan menyerang serta mencederakan pemiliknya, seorang warga emas.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts