Tentera Zionis Tutup Jalan Masuk Ke Perkampungan di Bethlehem

closure-2BETHLEHEM, 19 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis Selasa lalu menutup jalan masuk dari utara ke kawasan bandar Zaatara di timur Bethlehem.

Jalan ditutup dengan timbunan tanah di Ras al-Wadi, laluan masuk ke Zaatara, menyebabkan penduduk terpaksa mencari laluan alternatif.

Terdahulu pada hari yang sama, tentera Zionis mendakwa tiga penduduk Palestin membawa pisau di dalam beg mereka untuk memasuki sebuah pengkalan tentera berdekatan penempatan Teqoa yang terletak di selatan Zaatara.

Tentera Zionis sering menghalang pergerakan penduduk Palestin di Tebing Barat dengan membina sekatan kekal, sekatan sementara, jalan khusus untuk Yahudi dan lain-lain jenis sekatan.

closure-3

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts