Tentera Zionis Tutup Jalan, Pisahkan Perkampungan Palestin

RAMALLAH, 28 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zioinis menutup jalan utama menghala ke perkampungan Palestin di barat laut Al-Quds dan menghalang penduduk daripada keluar masuk sejak jam 10:00 pagi. Sebuah sekatan jalan dibina, sekaligus memisahkan penduduk daripada kawasan berdekatan.

Tentera juga dikerahkan ke perkampungan al-Judeira dan Bir Nabala untuk menghalang penduduk bergerak ke perkampungan lain di barat laut Al-Quds. Pergerakan penduduk di kedua perkampungan tersebut telahpun terhad selama ini, di mana mereka dikepung dengan tembok pemisah Zionis.

Semalam, tentera Zionis mengepung jalan masuk ke bandar Beit Ummar di Al-Khalil, menghalang pergerakan 15,000 penduduknya.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts