Tentera Zionis tutup kem pelarian al-Fawwar, pendatang Yahudi serang rumah penduduk

AL-KHALIL, 16 Julai 2018 — Tentera Zionis hari ini menutup laluan masuk ke kem pelarian al-Fawwar dan membina beberapa sekatan jalan di kota al-Khalil, sementara gerombolan pendatang Yahudi menyerang rumah penduduk Palestin.

Ekoran tindakan tersebut, penduduk Palestin tidak dapat keluar atau masuk kem al-Fawwar. Sementara kenderaan disekat di bandar-bandar Halhoul dan Sa’ir, di mana penumpang diinterogasi dan diperiksa kad pengenalan.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa gerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Ramat Yishai dan Beit Hadassan menyerang dengan membaling batu dan sampah ke arah rumah penduduk Palestin di Tal Rumeida. Mereka turut merosakkan taman dan pokok-pokok di situ.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts