RAMALLAH, 15 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis petang tadi menutup laluan-laluan utama ke kawasan perkampungan Palestin di Ramallah dan al-Khalil.
Laluan utama ke perkampungan Nabi Saleh di barat laut Ramallah ditutup setelah pertempuran tercetus di mana tentera melepaskan tembakan peluru hidup ke arah kumpulan pemuda Palestin. Jalan tersebut merupakan satu-satunya laluan ke perkampungan Bani Zaid dan wilayah Salfit, sehingga memaksa penduduk Palestin melintasi laluan berbatu untuk menuju ke rumah mereka.
Pada masa yang sama, peronda tentera Zionis menutup laluan jalan merah di timur bandar Yatta di selatan wilayah al-Khalil, sehingga menyekat sepenuhnya laluan keluar-masuk ke kawasan tersebut. Jalan tersebut merupakan satu-satunya laluan yang menghubungkan bandar-bandar dan kediaman Palestin di selatan al-Khalil.
(Sumber: PIC)