Tentera Zionis tutup laluan utama di utara Ramallah

RAMALLAH, 30 Julai 2017 — Tentera Zionis malam tadi menutup laluan utama yang menghubungkan Ramallah ke kawasan utara Tebing Barat, atas alasan pertempuran semakin marak di bandar dan perkampungan sekitarnya.

Penduduk dari kem pelarian Jalazon yang berdekatan bertindak membuang bongkah-bongkah konkrit, sebelum pasukan peronda tentera tiba di awal pagi, yang kemudian menutup laluan sepenuhnya.

Sekatan tersebut memisahkan 15,000 penduduk Palestin di kem al-Jalazon dari wilayah lain di utara dan tengah Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts