Tentera Zionis Tutup Laluan Utama ke Selatan Nablus

NABLUS, 25 Dis 2017 — Tentera penjajah Zionis hari ini menutup jalan utama ke perkampungan al-Lubban al-Sharqia di selatan wilayah Nablus, menyekat laluan keluar-masuk penduduk.

Pasukan tentera memasang pagar sekatan besi yang besar menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan jalan tidak berturap sebagai laluan alternatif.

Tentera Zionis mendakwa sekatan itu dibuat bagi menghalang kanak-kanak sekolah Palestin membaling batu ke arah bas-bas Yahudi.

Laluan yang sama telah disekat dengan bongkah-bongkah simen dan timbunan pasir pada hari Jumaat lalu berikutan pertempuran sengit dengan kumpulan pemuda Palestin. Rejim Zionis meningkatkan tindakan menutup jalan-jalan di Tebing Barat apabila pertempuran membara susulan pengisytharan kota suci Baitulmaqdis sebagai ibukota negara haram Zionis oleh presiden Amerika.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts