Tentera Zionis tutup Masjid Ibrahimi kepada umat Islam selama dua hari

AL-KHALIL, 24 Apr 2016 (Maan) — Tentera Zionis akan menutup Masjid Ibrahimi daripada dimasuki umat Islam pada hari Isnin dan Selasa, bagi memberi laluan kepada pendatang Yahudi masuk menyambut perayaan Paskah mereka.

Pengurus masjid, Hefthi Abu Snaineh, memberitahu bahawa pihak Wakaf Palestin enggan menerima arahan penutupan tersebut, dan mereka menjangkakan ribuah orang Yahudi akan menceroboh masuk masjid suci itu memandangkan pelbagai pihak membuat seruan supaya pendatang Yahudi menyambut perayaan mereka di dalam masjid.

Tentera Zionis secara sengaja menutup Masjid Ibrahimi sepanjang musim peryaaan mereka berdasarkan resolusi yang dibuat dalam Suruhanjaya Shamgar, yang telah dibentuk selepas pembunuhan beramai-ramai ke atas jemaah yang sedang menunaikan solat dalam masjid tersebut pada tahun 1994. Terdapat juga resolusi-resolusi lain, termasuklah membahagikan masjid suci itu mengikut waktu tertentu dan menutupnya kepada orang Islam untuk tempoh tertentu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts