Tentera Zionis tutup pasar al-Khalil untuk beri laluan kepada pendatang Yahudi

AL-KHALIL, 18 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis tengahari tadi menyerbu pasar di Kota Lama al-Khalil dan memaksa semua kedai ditutup bagi memmberi laluan kepada pendatang Yahudi yang menuju ke Masjid Ibrahimi.

Semua penduduk Palestin yang berada di kawasan pasar tersebut dihalau keluar sebelum memaksa peniaga menutup kedai. Tentera turut melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah peniaga, menyebabkan beberapa kecederaan sesak nafas.

Puluhan pendatang Yahudi memasuki Masjid Ibrahimi untuk menyambut perayaan hari Sukkot.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts