Tentera Zionis tutup pintu lintasan Qalandiya, potong bekalan elektrik di Jenin

RAMALLAH, 9 Mei 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menutup sekatan jalan di Qalandiya di selatan Ramallah, menyekat pergerakan penduduk Palestin di kedua-dua arah.

Tentera yang berkawal di sekatan tersebut menyekat pergerakan pelajar dan pekerja, bahkan juga pesakit yang menuju ke hospital, atas alasan langkah keselamatan.

Sementara itu, pasukan tentera penjajah malam tadi menyerang perkampungan Sanir di Jenin dan memotong bekalan elektrik tanpa memberi sebarang alasan. Mereka juga dikerahkan berterbaran di jalanan dan membina sekatan di jalan masuk kampung tersebut.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts