Tentera Zionis tutup sekolah perempuan di Nablus

NABLUS, 3 Apr 2018 — Tentera penjajah Zionis petang tadi menutup Sekolah Perempuan al-Lubban al-Sharqiya di selatan kota Nablus setelah mengugut untuk menyerang kawasan tersebut dengan gas pemedih mata.

Pengetua sekolah, ‘Aisha Nubani, melaporkan bahawa pihak tentera mengarahkan sekolah tersebut dikosongkan serta merta selepas sebuah kenderaan yang dipandu oleh pendatang Yahudi merempuah sebuah kenderaan lain berdekatan sekolah tersebut, kononnya akibat dibaling batu.

Mereka mengugut untuk melepaskan tembakan gas pemedih mata sekiranya sekolah tersebut tidak dikosongkan dan ditutup serta merta.

Susulan kejadian, tentera Zionis mengejar beberapa orang pelajar di kawasan sekolah-sekolah sekitar jalan utama Ramallah-Nablus, yang turut digunakan oleh tentera Zionis dan pendatang Yahudi.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts