Tentera Zionis tutup sepenuhnya perairan Gaza

GAZA, 16 Ogos 2020 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menutup sepenuhnya seluruh perairan Gaza, susulan serangan udara dan pertempuran di kawasan sempadan malam tadi.

Penduduk Gaza mengadakan perhimpunan di kawasan sempadan, membantah rejim Zionis yang terus mengkhianati janji dalam persefahaman gencatan senjata pada bulan Novermber 2019, termasuklah persetujuan untuk melonggarkan sekatan serta menghentikan serangan ke atas nelayan.

Menteri Perang Zionis, Benny Gantz‎, mengarahkan penutupan perairan Gaza “sehingga keadaan kembali aman.”

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts