AL-QUDS, 10 Apr 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis malam tadi menutup laluan masuk ke Tebing Barat dan Gaza sempena ketibaan perayaan Paskah Yahudi.
Penutupan akan berterusan selama tujuh hari, di mana semua pintu lintasan ditutup dan penduduk Palestin akan dihalang daripada keluar atau masuk wilayah Palestin 1948, Tebing Barat dan Gaza.
Peronda tentera ditempatkan di kawasan-kawasan yang sering berlaku pertempuran dan laluan utama di al-Quds dan Tebing Barat.
Rejim Zionis turut mengharamkan sebilangan aktivis Islam daripada memasuki Masjid al-Aqsa, atas tuduhan mereka merancang untuk mengganggu dan menghalang kaum Yahudi menceroboh masuk masjid suci itu sepanjang musim perayaan Paskah.