Tentera Zionis tutup utara al-Khalil, buru penduduk Palestin

AL-KHALIL, 26 Apr 2017 (PIC) — Tentera Zionis malam tadi membina sekatan dan menutup laluan di kawasan Jambatan Halhul, utara al-Khalil, bagi memeriksa kenderaan dan memburu penduduk Palestin.

Beberapa jam sebelumnya sebuah sekatan tentera dipasang berdekatan laluan masuk utama ke kawasan Hawawer yang terletak di antara Halhul dan sebatang jalan pintas di mana kenderaan dan penduduk Palestin diperiksa dengan penuh teliti.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts