Tentera Zionis ugut musnahkan sekolah Badwi di Jericho

JERICHO, 14 Jun 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis sekali lagi mengeluarkan ugutan untuk memusnah sekolah al-Kaabneh yang dibina oleh mesyarakat Badwi di tengah kawasan gurun di utara Jericho, 50km dari timur laut kota al-Quds.

Sekolah yang dibina menggunakan enam kontena itu memberi peluang pendidikan kepada anak-anak dari beberapa desa Badwi di Kawasan C di Tebing Barat, iaitu kawasan yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis, termasuk urusan pentadbiran awam. Bagaimanapun, sekolah tersebut tidak mempunyai kemudahan sanitasi, perpustakaan, komputer mahupun padang untuk kanak-kanak bermain. Mereka juga tidak mendapat kemudahan untuk berhadapan dengan cuaca musim panas atau sejuk.

Menurut kenyataan UNICEF, amaran meroboh tersebut adalah berpunca dari polisi sistematik rejim Zionis yang mengekang lesen pembinaan sekolah, rumah dan binaan lain di Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts