
AL-KHALIL, 29 Ogos 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini mengusir keluar satu delegasi parlimen antarabangsa dari Kota Lama al-Khail, dan menghalang mereka membuat lawatan ke kawasan-kawasan kejiranan dan jalan-jalan sekitarnya.
Ketika kejadian, seramai 11 orang ahli parlimen dari Chile membuat lawatan ke Kota Lama dan Masjid Ibrahimi sebelum disekat oleh pasukan tentera.
Delegasi tersebut dikepung ketika mereka mendekati kejiranan Tal Rumeida, atas alasan kawasan tersebut adalah zon larangan tentera.
(PIC)