Tentera Zionis usir keluar 16 keluarga Palestin di Lembah Jordan untuk jalani latihan

LEMBAH JORDAN, 16 Nov 2016 (WAFA) — Tentera penjajah Zionis hari ini memaksa 16 keluarga Palestin di Hamsa al-Fawqa di wilayah Tubas meninggalkan rumah mereka di Lembah Jordan atas alasan untuk menjalankan latihan tentera di situ.

Seramai 85 ahli keluarga, kebanyakannya kanak-kanak, tidak mempunyai tempat berteduh sepanjang tempoh latihan tersebut.

Penduduk mendakwa pihak rejim cuba menghalau mereka meninggalkan tanah tersebut untuk membina penempatan haram Yahudi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts