Tentera Zonis serang kem pelarian Shufat hari ketujuh berturut-turut

AL-QUDS, 28 Sep 2016 (Maan) — Tentera Zionis menyerang kem pelarian Shufat di al-Quds buat hari ketujuh berturut-turut, dengan memecah masuk sekurang-kurangnya 20 buah rumah dan menahan 13 orang penduduk.

Tentera penjajah turut melepaskan tembakan gas pemedih mata secara rambang ke arah penduduk yang bertempur menghalang pencerobohan mereka. Mereka turut menghasut pemuda Palestin dengan menyekat mereka yang pulang ke rumah dari tempat kerja dan membuat pemeriksaan dengan ancaman muncung senjata.

Sepanjang bulan Jun hingga Ogos lalu, tentera Zionis membuat serangan ke kawasan penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds pada purata 93 kali setiap minggu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts