Tentera Zonis tangkap pegawai polis Palestin, tuduh cuba menyerang

AL-QUDS, 15 Mei 2016 (Maan) — Tentera Zionis menangkap pegawai polis Palestin Muhammad Mustafa al-Najjar, 30, berdekatan kawasan penempatan haram Mishor Adumin kerana disyaki cuba membuat serangan.

Muhammad yang berasal dari kem pelarian al-Azza sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Ramallah dengan menaiki teksi ditangkap di sekatan kerana dituduh membawa sepasang pakaian seragam polis Zionis dan merancang memakainya untuk membuat serangan. Keluarga mangsa menafikan tunduhan tersebut.

Beliau mula bekerja hanya seminggu lalu dan sedang bersiap untuk mengadakan majlis perkahwinannya. Muhammad merupakan seorang bekas tahanan yang dibebaskan setahun lalu setelah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.

Kira-kira 40% penduduk lelaki Palestin pernah ditahan dalam penjara Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts