Terima Kasih Di Atas Dukungan Anda Sejak Tiga Tahun Lalu – Pelajar Perubatan Palestin

BANDAR BARU BANGI, 1 Okt 2014 (BHP) – Lebih 60 pelajar dari berbagai wilayah di Palestin mendapat tempat di universiti terpilih di Sudan bagi melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan.

Namun agak menyedihkan bagi mereka kerana tidak mampu untuk membiayai kos sara hidup dan keperluan pembelajaran. Sedangkan bidang perubatan merupakan salah satu keperluan utama masyarakat Palestin terutamanya di Gaza. Justeru HALUAN dengan kerjasama beberapa NGO antarabangsa mengambil langkah berganding bahu membantu mereka meneruskan pengajian.

Seramai 30 orang pelajar telah mendapat bantuan masyarakat Malaysia bagi menampung keperluan makanan, tempat tinggal, pengangkutan dan keperluan sokongan pembelajaran. Alhamdulillah, sokongan dan bantuan yang dihulurkan sejak tiga tahun lalu ini bakal melahirkan lebih ramai doktor yang akan pulang berkhidmat ke Palestin.

Sama-sama kita rebut peluang membantu mereka! Sumbangan anda boleh disalurkan melalui

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts