Terkini Intifadah Al-Quds: 79 Terkorban, Termasuk 17 Kanak-Kanak Dan 3 Wanita

AL-QUDS, 9 Nov 2015 (IMEMC) — Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan hari ini bahawa jumlah penduduk Palestin yang dibunuh oleh tentera Zionis atau pelampau Yahudi sejak 1hb Oktober sehingga petang semalam telah mencecah seramai 79 orang, termasuk 17 orang kanak-kanak dan tiga orang wanita. Lebih 3,000 orang yang lain tercedera.

60 orang terkorban di wilayah Tebing Barat dan 18 orang, termasuk seorang ibu dan anaknya, terbunuh di Gaza, manakala seorang lagi dibunuh di Gurun Naqab.

Semalam tentera Zionis menembak mati pemuda Salman Aqel Mohammad Shahin, 22 tahun, apabila disyaki cuba melanggar empat pendatang Yahudi berdekatan sekatan jalan Za’tara di selatan Nablus.

Kenyataan kementerian menyebut bahawa seramai 1,248 orang penduduk Palestin ditembak dengan peluru hidup manakala 1,808 lagi tembak dengan peluru bersalut getah. 1,008 orang daripada mereka memerlukan rawatan di hospital dan 800 lagi mendapat rawatan di lapangan.

Di Tebing Barat, 826 orang penduduk Palestin ditembak dengan peluru hidup dan 895 lagi dengan peluru bersalut getah. Manakala di Gaza, 422 orang ditembak dengan peluru hidup dan 113 lagi terkena tembakan peluru bersalut getah.

Kementerian juga menyebut bahawa 247 orang penduduk Palestin mengalami patah dan luka anggota badan selepas dipukul oleh tentera Zionis dan juga pendatang Yahudi yang bersenjata. 24 orang lagi cedera melecur akibat kebakaran dari tembakan bom gas dan grenad pelali.

Daripada jumlah mereka yang tercedera di Tebing Barat, 370 orang adalah kanak-kanak di mana 180 daripada mereka ditembak dengan peluru hidup dan 120 dengan peluru bersalut getah. 30 orang kanak-kanak terkena sasaran tepat bom gas dan grenad pelali, dan 40 orang lagi dipukul oleh tentera dan pendatang Yahudi. 170 orang kanak-kanak tercedera di Gaza, kebanyakannya akibat tembakan peluru hidup.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts