Terkini Intifadah Al-Quds: 82 Terkorban, 8,500 Tercedera

RAMALLAH, 11 Nov 2015 (IMEMC) — Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa bilangan penduduk Palestin yang terkorban sejak 1 Oktober lalu kini mencecah 82 orang, termasuk dua orang yang ditembak semalam. Seramai 8,500 orang lagi tercedera.

18 orang daripada mereka yang terkorban adalah kanak-kanak, manakala empat lagi adalah wanita. Seramai 64 orang terkorban di Tebing Barat, 17 orang di Gaza dan seorang lagi di Gurun Naqab di wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Lebin 1,250 orang Palestin cedera ditembak dengan peluru hidup dan dirawat di hospital. Sementara 2,015 orang ditembak dengan peluru bersalut getah, di mana 1,015 orang terpaksa dirawat di hospital.

Kementerian juga mendedahkan bahawa 253 orang mengalami kecederaa luka dan patah anggota selepas diserang oleh tentera dan pelampau Yahudi, manakala 25 lagi mengalami kecederaan akibat terbakar dalam serangan bom gas dan grenad pelali.

17% daripada mereka yang tercedera adalah merupakan wanita dan kanak-kanak.

Di Tebing Barat, 830 orang ditembak dengan peluru hidup dan 900 lagi ditembak dengan peluru bersalut getah. Manakala di Gaza, 422 orang ditembak dengan peluru hidup dan 113 yang lain ditembak dengan peluru bersalut getah.

Menurut Kementerian, tentera Zionis kini lebih kerap menggunakan peluru hidup dalam pertempuran dengan penduduk Palestin. Kebanyakan mereka yang tercedera ditembak di bahagian atas badan dan mengalami kecederaan yang serius.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts