Terkini Intifadah Al-Quds: 89 Terkorban, 10,000 Tercedera

RAMALLAH, 17 Nov 2015 (IMEMC) — Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa seramai 89 penduduk Palestin terkorban sejak 1 Oktober lalu, termasuk 18 kanak-kanak dan empat wanita. Manakala seramai 10,000 yang lain tercedera dalam tempoh yang sama.

Mangsa terkini keganasan Zionis adalah Mohammad Monir Hasan Saleh, 24 tahun, yang berasal dari perkampungan ‘Aroura di Ramallah yang telah ditembak mati hari ini. Dua orang yang lain mengalami kecederaan dalam insiden yang sama.

Daripada jumlah mereka yang terkorban, 18 berlaku di Gaza dan seorang lagi di Negev. Kenyataan kementerian menyebut, “Secara purata, tentera Zionis membunuh dua orang dan mencederakan 217 orang Palestin setiap hari.”

Seramai 1,450 orang Palestin ditembak dengan peluru hidup. 1,065 lagi ditembak dengan peluru bersalut getah, yang semuanya dikerahkan ke hospital untuk dirawat. Manakala lebih 1,100 yang tercedera ditembak dengan peluru getah diberikan rawatan di tempat kejadian.

6,500 orang penduduk mengalami sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata. 255 orang lagi mengalami kecederaan luka dan patah anggota badan akibat dipukul oleh tentera dan juga pendatang Yahudi. 25 lagi mengalami cedera melecur akibat kebakaran dalam serangan bom gas dan grenad pelali.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts