Terkini Intifadah Al-Quds: 91 Terkorban, Lebih 10,000 Cedera

RAMALLAH, 20 Nov 2015 (IMEMC) — Kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin hari ini menyebut bahawa jumlah korban serangan tentera Zionis ke atas penduduk Palesdtin sejak awal Oktober kini mencecah seramai 91 orang, termasuk 18 kanak-kanak dan empat wanita.

Lebih 10,000 tercedera, di mana sekurang-kurangnya 1,458 orang ditembak dengan peluru hidup dan 1,070 lagi dengan peluru bersalut getah.

Mangsa terkini adalah Shadi Zohdi Arafa, 28 tahun, yang ditembak mati berdekatan penempatan haram Gush Etzion di selatan Bethlehem. Seorang lagi pemuda, Mahmoud Sa’id ‘Oleyyan, 22 tahun, meninggal dunia akibat cedera parah yang dialami sejak 10 hari lalu apabila tentera Zionis menceroboh masuk bandar al-Bireh.

72 daripada kematian berlaku di Tebing Barat, 18 di Gaza dan satu di Negev. Salah seorang wanita Palestin yang meninggal dunia adalah Nour Rasmie Hassan, 30 tahun, yang maut bersama anaknya yang berumur dua tahun dalam serangan roket tentera udara Zionis.

Kementeria turut menyatakan bahawa serama 300 orang mengalami luka dan patah anggota apabile diserang oleh tentera dan juga pendatang Yahudi. 26 lagi mengalami cedera melecur akibat serangan bom gas dan grenad pelali. 6,400 yang lain mengalami sesak nafas dalam serangan gas pemedih mata.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts