Terkini ke pembunuhan Mustafa: Polis Zionis dakwa adik iparnya sebabkan kematian

BEIT LAHM, 7 Sep 2016 (Maan) — Hanya sehari selepas pihak perisikan Zionis membuat pengakuan bahawa Mustafa Nimir ditembak secara tidak sengaja, jurucakap polis Zionis hari ini mengumumkan bahawa adik ipar beliau, Ali Tasyer Nimir, kini disyak sebagai suspek yang menyebabkan kematian Mustafa.

Kenyataan pihak polis menyebut bahawa Ali, yang memandu kereta ketika ditembak, kini dituduh “menyebabkan kematian pemuda (Mustafa)” dengan memandu secara cuai sehingga menyebabkan tentera Zionis menembak kenderaan yang mereka naiki.

Tahanan ke atas Ali akan dilanjutkan lagi bagi proses membuat pertuduhan menyebabkan kematian akibat “sikap cuai, memandu tanpa lesen, memandu dalam keadaan mabuk, dan membahayakan nyawa orang lain.”

Dalam kejadian di kem pelarian Shu’fat itu, Mustafa ditembak mati oleh tentera Zionis manakala adik iparnya Ali cedera dan kemudian ditahan di Hospital Hadassah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts