JERICHO, 28 Julai 2020 — Dalam kesibukan penduduk Islam bersiap sedia untuk menyambut Aidil Adha dan ibadah korban, segerombolan pendatang Yahudi menyembur kimia beracun di kawasan ragut al-Auja di Lembah Jordan pagi tadi, menyebabkan 54 ekor kambing mati keracunan.
Penternak Ahmad al-Zawahra menjelaskan bahawa ini bukanlah kali pertama ternakannya diracuni. Namun rejim Zionis tidak menyiasat kes jenayah yang dilakukan oleh pendatang Yahudi.
Ternakan merupakan satu-satunya sumber pendapatan keluarga al-Zawahra.


(DaysOfPalestine)