Tidak Ada Bukti Peneroka Yahudi Diculik – PBB

lost

GAZA, 18 Jun 2014 — Jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon Selasa lalu menyatakan mereka tidak mempunyai bukti kukuh bahawa tiga peneroka Yahudi yang hilang telah diculik.

Khamis lalu, tiga peneroka Yahudi Gilad Sha’ar, 16 tahun, Naftali Frenkel, 16 tahun dan Eyal Yifrach, 19 tahun, telah hilang di kawasan Gush Etzion. Rejim Zionis menuduh mereka telah diculik, khususnya oleh pihak Hamas. Tentera Zionis bertindak menyerang dan menangkap ratusan penduduk Palestin di Tebing Barat dalam usaha mereka “mencari” tiga orang yang hilang itu.

Pemimpin Amerika dan Eropah, termasuk Ban Ki-Moon sendiri, tanpa berfikir panjang turut mengutuk “penculikan” tersebut walaupun tidak ada mana-mana pihak mempunyai bukti, tidak juga mana-mana pihak Palestin yang mengaku bertanggung jawab.

Hamas berpendapat tuduhan penculikan itu adalah dangkal dan tidak berasas. Ia merupakan strategi Zionis untuk mengugut pihak Palestinian Authority, sekaligus memusnahkan kerajaan perpaduan Hamas dan Fatah yang baharu dibentuk. Pemimpin Hamas, Dr Salah Bardawil, berkata, “Isu penculikan ini adalah cerita dari sebelah pihak yang tidak harus dilayan.” Kata beliau, apa sekalipun yang berlaku Hamas akan tetap melawan keganasan Zionis dan mereka akan menanggung akibat ke atas tindakan-tindakan mereka.

Tentera Zionis menggunakan dron bagi menegesan tiga pemuda Yahudi yang hilang.
Tentera Zionis menggunakan dron bagi menegesan tiga pemuda Yahudi yang hilang.
Gilad Shaar
Gilad Shaar
Ketiga-tiga pemuda yang hilang dikatakan sebagagian daripada askar Zionis.
Ketiga-tiga pemuda yang hilang dikatakan sebahagian daripada askar Zionis.

——-

Sumber : Alray

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts