Tidak ada perang jika tidak membunuh orang Palestin: Rabi Yahudi

Seperti kebanyakan rabi Chabad-Lubavitch lainnya, Manis Friedman sangat membenci orang Arab. Chabad-Lubavitch adalah sebuah aliran dalam ajaran Yahudi yang berpusat di Amerika Syarikat(AS).  Setiap waktu Friedman berkelana dari satu tempat ke tempat lainnya di seantero AS untuk menyampaikan kuliahnya tentang Yahudi. Beliau adalah juru bicara Chabad, yang sangat terkenal di AS.

Friedman yang banyak membantu artis-artis Hollywood meyakini Yahudi, seperti Bob Dylan, seringkali membicarakan tentang kasih sayang dan Tuhan di kalangan Yahudi dan Kristian AS, namun tanpa malu menganjurkan sebaliknya terhadap bangsa arab.

”Satu-satunya cara untuk menghancurkan moral musuh bagi Yahudi adalah dengan menghancurkan tempat suci mereka, bunuh semua orang, lelaki, perempuan, anak-anak dan juga ternak mereka.” demikian pandangan Friedman. Friedman berperdapat bahawa Israel berkeyakinan jika “tidak ada korban awam, tidak ada anak kecil yang tertembak, tidak ada kesalahan yang disengaja, maka kenyataannya, tidak ada perang sama sekali.”

Rabi Friedman dengan terang-terangan pernah sekali mengaku bahawa ia sama sekali tidak mempercayai moral bangsa Barat. Nadine Epstein, editor Moment, mengatakan bahawa ia menerima banyak surat yang berisi cacian kepada sang rabi kerana komentarnya itu.

Gerakan Chabad Yahudi memang dikenali sebagai sebuah gerakan aliran keras terhadap rakyat Palestin. Salah seorang rabi yang lain, Menachem Mendel Chneerson, menolak berdamai dengan Palestin. Rabi Moshe Feller, berasal dari Minnesota, mengatakan bahawa Yahudi mempunyai kewajiban untuk membela diri, termasuk membunuh musuhnya untuk semua alasan. Steve Hunegs, ketua Komuniti Yahudi di Minnesota dan Dakotas mengatakan bahawa pandangan Friedman merupakan pandangan umum dari orang-orang Yahudi, namun tidak seharusnya diungkap di hadapan umum. (sa/hrtz)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts