Tidak mustahil Netanyahu lancar serangan untuk alih perhatian skandal

BAITULMAQDIS, 26 Feb 2018 — Bekas pengarah badan perisikan Zionis (Shin Bet), Carmi Gilon, berkata bahawa pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu mungkin akan melancarkan perang untuk mengalih perhatian daripada skandal rasuahnya.

“Perkara-perkara gila pernah berlaku sebelum ini. Apabila melihat kepada arena politik Israel hari ini, saya dapat lihat orang yang memutuskan untuk menggadai integriti dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka, demi survival politik,” kata beliau ketika mendesak pemimpin-pemimpin Zionis melantik pemimpin baharu.

Menurut Carmi Gilon yang mengetuai Shin Bet dari tahun 1995 hingga 1996, Netanyahu tidak lagi layak untuk membuat keputusan-keputusan yang kritikal berikutan keadaan beliau yang berhadapan dengan empat siasatan jenayah.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts