Tidak salah bunuh 120 penduduk awam Gaza! Zionis tutup kes Black Friday

GAZA, 16 Ogos 2018 — Ketua Peguambela Tentera Zionis hari ini memutuskan bahawa tidak ada sebarang kesalahan jenayah dalam tindakan tentera membunuh 120, mencederakan lebih 1,000 yang lain dan memusnahkan lebih 200 buah rumah penduduk Gaza pada 1 Ogos 2014.

Serangan tersebut, yang disebut sebagai “Black Friday” atau “Peperangan Rafah”, merupakan hari paling berdarah dalam siri serangan selama 51 hari ke atas penduduk Gaza.

Ia merupakan tindakan membalas dendam ke atas kematian seorang anggota tentera Zionis dalam kempen tersebut.

Sungguhpun pertubuhan-pertubuhan hak asasi Amnesty International dan Forensic Architecture telah menemukan bukti yang mengesahkan tentera Zionis telah melakukan jenayah perang, Ketua Peguambela Tentera Zionis, Jeneral Sharo Afek, memutuskan untuk menutup kes tersebut.

(DoP, MEMO)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts