Tiga bangunan komersial di Ramallah dimusnahkan

RAMALLAH, 18 Jan 2016 (PIC) — Pasukan tentera penjajah Zionis awal pagi tadi mengiringi beberapa buah buldozer memusnahkan tiga bangunan komersial di perkampungan Kharbatha al-Misbah di barat bandar Ramallah atas alasan pembinaan tanpa lesen.

Menurut kenyataan ahli majlis penduduk, Jaber Musleh, buldozer tersebut telah memusnahkan sebuah bangunan kedai, sebuah garaj kereta dan sebuah bengkel kerja batu milik penduduk tempatan. Pemilik bangunan berkaitan telah dimaklumkan tentang keputusan untuk memusnahkan harta mereka kira-kira seminggu lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts