Tiga Lelaki Palestin Ditembak Mati Di Al-Khalil

AL-KHALIL, 26 Okt 2015 (Maan) — Tentera Zionis menembak mati remaja Palestin Iyad Rawhi Jaradat, 17 tahun, dalam satu pertempuran di perkampungan Bait Einun di Al-Khalil. Tindakan kejam ini merupakan insiden yang ketiga dilakukan oleh tentera Zionis pada hari yang sama.

Raed al-Saeed, seorang doktor yang merawat Iyad Eahwi di Hospital Al-Ahli mendedahkan bahawa laporan X-ray menunjukkan sebutir peluru tersimpan di bahagian kepala mangsa.

Beberapa jam sebelumnya, tentera Zionis menembak mati Saad Muhammad Youssef al-Atrash, 19 tahun, setelah beliau dituduh cuba menikam seorang askar di luar Masjid Ibrahimi.

Al-Atrash meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Shaare Zedek di Al-Quds. Tidak ada seorang pun tentera Zionis atau orang Yahudi yang tercedera di tempat kejadian.

Terdahulu Raed Saket Abdul-Rahim Jaradat, 22 tahun, yang merupakan seorang pelajar Universiti Al-Quds berasal dari bandar Sair juga ditembak mati apabila disyaki menikam seorang askar di utara al-Khalil. Kejadi di persimpanagan Beit Einun itu melibatkan kecederaan parah ke atas seorang askar Zionis, yang kemudiannya dibawa ke Hospital Shaare Zedek.

Semalam, seorang remaja peremapuan Palestin berumur 17 tahun ditembak mati di luar Masjid Ibrahimi. Polis Zionis mendakwa mereka melihat remaja tersebut membawa pisau, satu dakwaan yang dipertikai oleh saksi di tempat kejadian.

Sejak awal September lalu, 11 penduduk Palestin di Al-Khalil ditembak mati oleh polis atau tentera Zionis. Semuanya atas tuduhan cubaan menikam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts