AL-QUDS, 14 Julai 2017 (PIC) — Tiga pemuda Palestin ditembak mati oleh pasukan polis Zionis di perkarangan Masjid al-Aqsa semalam, selepas berbalas tembakan di Pintu al-Sahira.
Saksi menyebut mereka berbalas tembakan dengan pasukan polis dan kemudian berkejar ke dataran Kubah as-Sakhra’, di mana mereka ditembak.
Dua anggota polis Zionis mati dan seorang lagi cedera dalam pertempuran tersebut.
Ketiga-ketiga pemuda tersebut adalah dari keluarga Jabbarin di kota Umm al-Fahm, Haifa, dan semuanya bernama Muhammad.
Susulan kejadian, polis Zionis menutup selruh perkarangan masjid dan menghalang para jemaah masuk untuk solat Jumaat.