Tiga Pemuda Palestin Diserang, Seorang Diculik di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 5 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis menyerang tiga pemuda Palestin selepas menyekat kenderaan dan memukul mereka di bandar Silwan di selatan Masjid al-Aqsa malam tadi. Salah seorang mangsa diculik.

Tentera menyekat kenderaan mereka di kawasan al-Ein, kemudian memaksa mereka keluar dari kereta sebelum memeriksa kad pengenalan. Mangsa-mangsa dilaporkan cedera dan luka ditendang serta dipukul dengan pemegang senjata secara berterusan, sebelum salah seorang daripada mereka, Salah ‘Oweida, diculik.

Penduduk yang cuba menghalang tentera dan menyelamatkan Salah diserang dengan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts