Tiga Penduduk Palestin Cedera Di Qalqiya

QALQIYA, 21 Nov 2015 (PIC) — Tiga penduduk Palestin, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun, cedera dalam serangan tentera Zionis di Qalqiya, Tebing Barat.

Tentera Zionis menceroboh masuk daerah Neqqar di barat Qalqiya dan melepaskan tembakan senjata dan gas pemedih mata dalam pertempuran dengan pemuda Palestin yang membaling batu.

Tentera menceroboh masuk beberapa buah rumah penduduk dan melepaskan tembakan sehingga mencederakan tiga mangsa tersebut. Kanak-kanak perempuan terbabit ditembak dengan peluru getah di bahagian mata kanannya ketika berada di dalam rumah.

Puluhan yang lain dilaporkan mengalami sesak nafas.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts