Timbalan PM Turki: Dunia Islam tidak boleh abaikan al-Quds

ISTANBUL, 30 Apr 2017 (MEMO) — Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus, menegaskan bahawa dunia Islam seharusnya mengambil tindakan yang lebih aktif untuk mempertahankan kedudukan kota suci al-Quds di Palestin.

“Sayangnya, kita melihat al-Quds kini berada di bawah penjajahan Zionis serta pencabulan undang-undang antarabangsa,” kata beliau dalam satu persidangan berkenaan al-Quds ketika era Uthmaniah di sini semalam. Menurut beliau lagi, sepanjang beberapa dekad kebelakangan ini tidak ada negara Islam yang menjadikan al-Quds sebagai isu utama mereka, kerana konflik yang menular dalam negara mereka sendiri.

Tambah beliau, al-Quds hari ini menjadi semakin penting kepada dunia Islam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts